Ini bukan satu² nya cara yang ada. Dan bukan juga cara yang paling betul. Ada pelbagai cara sebenarnya. Anda harus menggunakannya mengikut kesesuaian & pilih cara yang paling mudah sekali untuk anda fahami.

Cara simpan nombor pelanggan

Format ini diwujudkan atas tujuan yang sangat penting.

Ia adalah satu formula yang mantap (bagi saya) & mampu bertahan (diguna pakai) untuk penggunaan jangka masa yang lama.

1. Kod produk/servis

Sebagai contoh, anda menjual telekung dewasa & kanak² dan jenama anda adalah Arora Fashion.

Strategi kempen anda adalah untuk memfokuskan kepada segmen A. dewasa & B. kanak². Jadi dengan mudah, sekarang anda sudah ada 2 kod, iaitu.

AD untuk Arora Dewasa dan

AK untuk Arora Kanak².

2. Aksara tambahan

Yang dimaksudkan adalah tambahan selepas kod, iaitu ADxxx atau AKxxx

Di sini, saya menggunakan format tarikh yang mana akan memetakan tarikh pelanggan tersebut mula whatsapp (berbual) dengan anda. Mengikut susunan ini.

<Kod><YY><MM><DD>

Sekiranya pelanggan wasap anda untuk membeli telekung dewasa pada tarikh 3 Disember 2016, maka pelanggan ini akan dinamakan sebagai berikut.

AD161203

Sekiranya 10 orang wasap anda untuk beli produk yang sama, save kan kesemua mereka dengan nama yang sama iaitu, AD161203.

Nota Penting: Format penamaan begini adalah untuk pelanggan yang BELUM membeli produk anda. Sekiranya pelanggan membeli produk anda, lihat cara di bawah.

3. Rename sekiranya pelanggan membeli

Apabila pelanggan sudah membeli, anda mesti rename nama pelanggan tersebut dengan menambah aksara tambahan yang menandakan beliau telah membeli & tarikh pembelian.

BELI adalah contoh aksara tambahan yang mudah untuk menandakan pelanggan tersebut telah beli. Dan diikuti dengan tarikh pelanggan membeli. Format seperti berikut.

AD16… <Beli> <YY><MM><DD>

Sekiranya pelanggan membeli pada esok harinya, anda rename begini.

AD161203 Beli 161204

Dengan mudah, anda boleh faham bahawa pelanggan di atas adalah pelanggan yang wasap pada 3 Dis 2016 dan membeli telekung dewasa pada 4 Dis 2016 (esoknya).

Anda juga dengan mudah boleh mengasingkan pelanggan yang telah membeli dan yang masih belum membuat pembelian. Contohnya.

  • AD161202
  • AD161202 Beli 161203
  • AD161203
  • AD161203 Beli 161204
  • AD161203 Beli 161206